Malaysia Dateline

Sempena PBAKL 2022: Menjulang kembali dunia buku, terjemah dengan amarah dan cinta

Antara peneraju awal penterjemahan karya negara luar adalah DBP, kemudian dipecahkan ke ITNM dan kemudian membentuk ITBM.

DBP dan ITNM telah menghasilkan begitu banyak karya terjemahan dari awal sehingga 2000, kemudian atas pelbagai faktor ITNM yang menggantikan agak giat kemudian dijadikan sesebuah unit swasta berbentuk ITBM.

Sewaktu kelompongan ini, PTS telah berfokus pada terjemahan bisnes dan motivasi yang menghiasi industri buku, dan kemudian disertai oleh IBDE walaupun konsepnya lebih awal dengan nama IKD.

Walaupun PTS sering menerbitkan karya terjemahan dari dulu, sewaktu 2020 ramai yang masih mencari buku Sun Tzu Art of War dalam bahasa Melayu. Dari situ wujud The Biblio Press yang kini sudah menerbitkan 22 karya terjemahan dan asli, ini dapat menyahmitoskan dunia penterjemahan adalah sangat mahal untuk diusahakan.

Pada awalnya, pemain industri buku yang dikenali sentiasa bertanya bagaimana kami bertahan, bagaimana kami membayar penterjemah, bagaimana kami dapatkan buku untuk terjemah, dan tidak lupa juga dapatkan hak terjemahan buku Paulo Coelho, contohnya.

Ini mendapat pujian khas apabila Biblio Press antara penerbit yang tidak didanai oleh kerajaan. Malahan pada tahun 2020, penterjemahan ini nampak tidak begitu menguntungkan walaupun mahal. Penerbitan begitu banyak buku pada waktu pandemik menjadi sebutan.

Bernekad untuk mengubah landskap penterjemahan negara ini akibat kemarahan melihat kita jauh ketinggalan berbanding Indonesia, maka saya gembira bahawa penterjemahan kini adalah lembah emas dunia penerbitan sekarang.

Ramai juga penerbit ingin menterjemahkan buku luar negara, sesuatu yang kita tidak kedengaran dari tahun 1980 hingga 2000 di mana DBP, ITNM, Thinkers Library, IKD, Hidayah dan banyak lagi penerbit fokus padanya.

Pada PBAKL 2022 nanti, banyak buku terjemahan akan ada di reruai kami dan juga reruai penerbit lain.

Kami berbangga memulakan perjuangan kecil kami dari kemarahan yang mulia untuk negara tercinta ini. Sering kali saya berfikir apa yang saya boleh buat untuk negara saya, dan kini ada ruang khas yang saya boleh berjasa kepadanya dan juga anda rakyatnya.

Semoga Biblio Press boleh bertahan lama dan kami akui perjalanan sedang menjadi lebih susah, tetapi kita memahami kita dalam sebuah “golden era” dunia perbukuan dan dunia penterjemahan yang kami naikkan kembali dengan amarah dan cinta.

Karya agung yang kami sudah ada Sun Tzu, Tao Te Ching, Little Prince, Pride and Prejudice, The Prince, Heidi, Alchemist, Archer, Warrior of Light, Fasl al Maqal, Rahsia-rahsia Puasa, 20,000 Leagues Under The Sea, 1984 dan banyak lagi.

Saya berterima kasih kerana anda sudi menyokong kami sehingga kini dan harap selamanya.

Baca juga Cikgu pun nak tiru cara bantu anak elak tertinggal buku

Baca juga Wanita kongsi tip penjagaan muka seperti artis korea