Malaysia Dateline

“Semua nak sumpah! Perincikan pada rakyat mana RM500 bilion itu”

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Tan Sri Mahiaddin Yassin memperincikan perbelanjaan RM500 bilion kepada rakyat negara ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, perbelanjaan yang begitu besar itu membabitkan negara dan perlu ada tatakelola serta pentadbiran harus dijelaskan secara terperinci kepada rakyat.

Katanya, Mahiaddin tidak boleh hanya bersumpah dan menafikan menggunakan perbelanjaan itu sebaliknya kena jelaskan kepada rakyat.

“Hari ini Mahiaddin sumpah tak ambil duit kerajaan. Soal negara, soal tatakelola, pentadbiran…sumpah tak makan (duit).

“Kena siasat berapa harta kamu ada. Ini senang sikit-sikit semua sumpah. Mana boleh, kena jelaskan kepada rakyat,” katanya berucap dalam program Jelajah Selangor Parlimen Sungai Buloh semalam.

Terdahulu bekas perdana menteri yang juga pengerusi Perikatan Nasional bersumpah tidak menggunakan wang kerajaan walaupun satu sen ketika pentadbirannya.

Isu berkenaan timbul selepas Pengerusi HARAPAN Melaka Adly Zahari memaklumkan gabungan itu akan menjalankan siasatan terhadap Muhyiddin berhubung dakwaan membelanjakan RM500 bilion ketika pandemik.

Baca juga: Hujan lebat tangah malam tadi, 11 lokasi di Selangor dinaiki air

Baca juga: Remaja mengaku lakukan seks dengan lelaki 20-an, ibu terkejut dapat cucu lepas bawa pergi hospital