Tular sebelum ini mengenai Syamsul Yusof yang buat pengakuan berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand walaupun isu kemelut dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana belum selesai.
Dalam perkongsian video di Instagram, Puteri Sarah sendiri menjelaskan dia pernah meminta suaminya untuk berkahwin dengan anak pelakon Kazar namun ditolak sekerasnya oleh Syamsul.
Walaupun sudah empat tahun dia mengetahui mengenai hubungan suaminya bersama Ira Kaza, namun Syamsul hanya diam membisu apabila diajak berbincang.
“Saya nak ucapkan tahniah akhirnya mengaku juga selepas diasak dan saya cuma pelik baru beberapa hari lepas nafi tak kahwin. Cakap itu fitnah dan nak saman JAWI.
“Pertama, awak cakap balik la untuk berbincang. Saya pelik selepas empat tahun berlaku antara awak dan dia, saya bagi peluang untuk awak cakap. Tapi awak tak cakap apa-apa pun.
“Saya tanya nak tak kahwin dengan Ira? Tapi dia sendiri kata tak nak. Dia kata bukan dengan saya saja tapi dengan ibu bapanya dan semua sepupu yang dia takkan kahwin dengan perempuan itu Saya tak nak bersubahat dengan maksiat awak buat,” katanya menerusi video di Instagram semalam.
Lebih mengejutkan pelakon utama Ustazah Robotik ini mendedahkan sudah setahun disekat oleh suami sendiri.
Macam mana saya nak berbincang? Sampai sekarang (7.30pm) awak block (sekat) saya. Kalau awak unblock saya kan ada perbincangan. Dah setahun awak sekat saya.
Dalam pada itu, bagi memudahkan urusan penjagaan dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah, Puter Sarah memilih untuk tinggal beesama kedua ibu bapa.
“Kenapa saya perlu tinggal dengan ibu bapa awak? Kenapa perlu duduk dengan keluarga saya? Saya perlu orang untuk menjaga dan membesarkan anak-anak. You tak ada, you left us. Saya terkontang kanting.
“Selepas ini kita selesaikan semua ini di mahkamah dan saya tak nak lagi bebankan diri untuk menjawab persoalan mereka,” tambahnya lagi.
Sumber: Instagram
Baca juga: Kereta orang awam diconteng budak lelaki dengan ayat kesat, netizen syak warga Rohingya