Malaysia Dateline

Siapa belum sempat tonton Mat Kilau boleh layan di Netflix bermula 16 September ini

Rakyat Malaysia yang belum sempat menonton filem Mat Kilau di pawagam kini boleh layan filem epik itu di saluran berbayar Netflix yang akan ditayangkan pada 16 September ini.

Perkara itu diumumkan oleh Netflix Asia dalam satu video terbaharu di Youtube mereka.

Filem epik sejarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Mat Kilau arahan Syamsul Yusof telah mendapat mendapat sambutan luar biasa di panggung wayang sejak ditayangkan Jun lalu.

Siapa belum sempat tonton Mat Kilau boleh layan di Netflix bermula 16 September ini

Kutipan filem Mat Kilau mencecah RM80 juta dalam tempoh masa kurang dari sebulan menjadikan Mat Kilau filem tempatan paling berjaya di Malaysia dengan kutipan paling tinggi.

Mat Kilau turut menjadi filem nombor satu dalam carta ‘box office’ mingguan untuk lima minggu berturut-turut mengetepikan filem besar Hollywood.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan membariskan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan ramai lagi.

Baca juga: Malaysia tiada layanan istimewa! Di luar negara ada penjara ala VIP setaraf hotel 5 bintang

Baca juga: Makan ubat tahan sakit banyak sangat, lelaki maut hanya sebab sakit gigi