Malaysia Dateline

Siapa sebenarnya Calon PH Shah Alam? Tak sangka rupa-rupanya dia pernah…

Kerusi Parlimen Shah Alam yang dahulunya disandang oleh Khalid Samad namun pada PRU15 ini kerusi itu diamanahkan kepada Azli Yusof.

Siapa sebenarnya Azli Yusof ini? Beliau merupakan bekas Ketua AMANAH Kawasan Shah Alam yang juga bekas Setiausaha politik Khalid Samad.

Ini semua mungkin sudah sedia maklum namun ada cerita disebalik sosok tubuh ini yang didedahkan oleh salah seorang aktivis politik Jamzuri Ardani.

Menurut Jamzuri, Azli pernah berlajar di luar negara iaitu di University Of Missouri di sana beliau pernah menjadi imam, makmumnya ramai dalam kalangan orang Arab.

Beliau boleh membaca Al quran dengan baik dan sangat dihormati pelajar-pelajar muslim dari seluruh dunia.

Bahkan Azli juga dikatakan berjaya meredakan suasana pergaduhan yang timbul susulan Amerika Syarikat menyerang Iraq ketika itu.

Bagi meredakan keadaan Azli telah diminta membaca khutbah Jumaat untuk mengelakkan pergaduhan di dalam masjid.

“Saya masih ingat lagi masa tu geng-geng Arab ni bergaduh bila US serang Iraq lepas Iraq tawan Kuwait. Ada yang sokong Saddam dan ada yang sokong Saudi.

“Jadi untuk redakan keadaan, Hj Azli ni lah yang diminta membaca khutbah Jumaat untuk mengelakkan pergaduhan dalam masjid.

“Dia baca khutbah dalam bahasa Inggeris. Tak ada teks khutbah. Tapi khutbah beliau diterima baik oleh semua pihak yang bertelagah.

“Tindakan beliau mengharumkan nama pelajar-pelajar dalam kalangan masyarakat pelajar muslim di sana,” tulis Jamzuri.

Justeru katanya, kepimpinan yang dimiliki Azli sejak zaman belajar lagi memang layak untuk dipilih sebagai Ahli Parlimen Shah Alam.

Baca juga: Khalid titipkan Shah Alam kepada Azli Yusof selepas 3 penggal berkhidmat