Siapa si gadis manis Cikgu Frenerietta ini?

Oleh ARIF ATAN

Frenerietta Sobitun

Nama Frenerietta Sobitun meletup di media sosial selepas guru sekolah rendah itu dinobatkan sebagai pemenang Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2022.

Gadis berusia 25 tahun juga anak ketiga daripada lima beradik itu mewakili daerah Sandakan dan berjaya mengetepikan 43 peserta lain.

Frenerietta yang tampil dengan pakaian asli Dusun Labuk itu membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM122,529 dan mengambil alih takhta UNK daripada pemenang UNK 2021, Maya Hejnowska.

Beliau berjaya mengalahkan enam peserta pada pusingan akhir dengan kepetahannya berbahasa ibunda semasa menjawab soalan dikemukakan pada dua pusingan semalam.

Menurutnya, dia akan menggalas tanggungjawab sebagai UNK dengan sebaiknya dan cuba membahagikan masa antara kerjaya seorang guru dan peranannya sebagai Unduk Ngadau.

“Saya bersyukur dengan kemenangan ini selepas pertama kali menjejakkan kaki ke KDCA dan ini hadiah berharga untuk keluarga saya.

“Saya harap golongan muda lebih berani tampil di hadapan orang dan bertutur bahasa ibunda agar ia tidak lenyap ditelan zaman,” dipetik Utusan Malaysia.

Baca juga MP Kota Kinabalu seru pemimpin GRS kaji punca lima kawasan paling tidak bahagia

Baca juga Pelakon China didenda RM4.74 juta kerana iklan palsu