Malaysia Dateline

Siapa ‘Tan Sri’ yang disebut jemaah haji terkandas di KLIA?

Hampir 400 jemaah haji terkandas di KLIA kerana tidak dapat berlepas ke Jeddah, namun salah seorang daripada mereka meningatkan seseorang bergelar ‘Tan Sri’ agar tidak mempermainkan agama dan memperkotak-katikan perasaan orang mahu menunaikan haji.

“Saya cuma nak beritahu kepada ‘Tan Sri’ itu tadi, tolonglah sedar… jangan permainkan agama, jangan perkotak-katikkan perasaan orang nak pergi haji,” kata Marina Abu Zahar, 52 salah seorang jemaah haji yang teraniaya.

Beliau juga meningatkan ‘tan sri’ itu agar tidak membuat tindakan seperti ini terutama kepada orang kampung yang susah payah menyimpan duit bahkan ada di antara mereka menggunakan wang KWSP untuk untuk menunaikan haji.

“Bukan senang orang nak lalui benda ini, kami faham mungkin nama kami tidak dipanggil Allah, kami reda. Tolong jangan buat macam ni, terutama kepada orang kampung yang susah payah,” tegasnya lagi dipetika Astro Awani.

Seorang lagi jemaah haji Rizal Ismara Ismail menzahirkan rasa sedih apabila beliau bersama 3 ahli keluarga turut menerima nasib yang sama.

Siapa 'Tan Sri' yang dimaksudkan jemaah haji terkandas di KLIA?
Bakal Jemaah Haji sedih tidak dapat tunaikan kewajiban rukun Islam ke-5

Beliau yang tiba di KLIA sejak 28 Jun lalu hinggalah malam tadi terpaksa transit di rumah adiknya di Bandar Saujana Putra dan Hotel Movenpick Sepang bagi menunggu perubahan jadual penerbangan yang telah lebih 3 kali di ubah.

“Penyedia perkhidmatan haji UC Travel Sdn Bhd yang berpusat di Kuala Lumpur telah gagal menampilkan visa dan pasport untuk terbang ke Jeddah yang di jadualkan pada 5 petang semalam.

“Mohon maaf kepada yang telah mengirim doa dan wang ringgit untuk kegunaan dan perbelanjaan saya ke kota Suci Makkah.

“Untuk itu, saya telah memanjangkan sumbangan tuan/puan kepada rakan saya yang juga kini sedang mengerjakan haji di tanah suci Makkah Al Mukarramah yang kini sedang wuquf dikawasan Arafah.

“Sumbangan tersebut saya mohon utk di buat Qurban dan Sedekah buat tetamu Allah SWT di sana.

“Semoga perjalanan haji saya dan keluarga yang tamat hari ini diredhai dan dikurniakan sedikit sebanyak sisa pahala daripada Allah SWT,” tulis beliau di Facebooknya.

Hampir 400 jemaah haji terkandas di KLIA di mana rata-rata dalam kalangan mereka keletihan menunggu penerbangan dan visa perlepasan untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Kesemua mereka dilaporkan berdaftar dengan sebuah syarikat agensi pelancongan swasta bagi visa furada iaituvisa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Tabung Haji.

Difahamkan ada dalam kalangan jemaah tiba di Kuala Lumpur sejak 28 Jun lalu, namun penerbangan ditangguhkan atas alasan tertentu.

Bahkan pasport jemaah masih lagi dipegang oleh syarikat agensi pelancongan berkenaan.

Malah ada di antara jemaah dikatakan telah membuat laporan polis di KLIA pada Khamis berhubung kejadian itu.

Perjalanan jemaah ini hanya berhenti di KLIA kerana penerbangan terakhir ke Jeddah pada jam 2.00 pagi.

Baca juga: Meratap nasib bangsa

Baca juga: Fobia perintah berkurung lagi tinggi daripada fobia kena covid-19, China ‘lockdown’ lagi