Malaysia Dateline

Sikap berhemat PH projek MRT Putrajaya Fasa 1 dapat disiapkan

Sikap berhemat Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir negara selama 22 bulan dapat melakukan penjimatan berbilion ringgit bagi projek MRT laluan Putrajaya dan akhirnya ia diancarkan hari ini.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata, penjimatan berbilion ringgit akan membantu mengurangkan hutang dan faedah negara yang perlu dibayar oleh kerajaan menggunakan wang pembayar cukai.

Katanya, kos pembinaan MRT2 melonjak kepada RM56.93 bilion semasa nNajib Abdul Razak menjadi Perdana Menteri telah mengejutkan negara bagaimanapun ia memaksa kerajaan Pakatan untuk membiayai projek MRT2 sebagai salah satu keutamaan untuk pengurangan kos.

Sikap berhemat PH projek MRT Putrajaya Fasa 1 dapat disiapkan
Lim Lip Eng

“Kebijaksanaan kewangan dan tadbir urus yang baik amat diperlukan di Malaysia,” katanya.

Anggaran awal kos projek itu ialah RM28 bilion, apabila ia mula diluluskan oleh Kabinet pada 26 Feb 2014.

Katanya, melalui rundingan semula melalui menteri kewangan ketika itu, Lim Guan Eng, dibantu setiausaha politiknya Tony Pua, dapat menjimatkan dana awam sebanyak RM5.22 bilion selepas MMC-Gamuda mengeluarkan tawaran pada 3 Oktober, 2018, untuk menyiapkan bahagian atas tanah projek MRT2 sebagai kontraktor ‘turnkey’ dengan kos RM17.42 bilion, berbanding kos asal RM22.64 bilion.

“Ini dicapai dalam tempoh lima bulan selepas rundingan pelaksanaan rasionalisasi kos MRT2 bermula sejurus selepas PH mengambil alih Putrajaya pada Mei 2018.

“Kementerian Kewangan kemudiannya menegaskan bahawa semua kerja bawah tanah yang belum selesai harus ditender semula melalui proses tender terbuka.

“Tahniah kepada rakan kongsi penyampaian projek MMC-Gamuda Joint Venture atas kejayaan menyiapkan projek MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 (MRT2), yang dilancarkan secara rasmi hari ini oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Namun jelasnya, Gamuda Bhd mencatatkan lonjakan 38% dalam keuntungan bersih kepada RM152.37 juta pada suku pertama berakhir 31 Okt 2021, daripada RM110.30 juta setahun lalu.

Prestasinya (Ogos 2021 – Jan 2022) juga menyaksikan pendapatan setengah tahun semasa kumpulan meningkat sebanyak 41% kepada RM329 juta berbanding RM234 juta yang diperoleh pada separuh pertama 2021.

Prestasi kewangan Gamuda katanya menunjukkan bahawa, walaupun usaha kerajaan PH untuk merundingkan semula kos asal projek MRT2, syarikat itu mampu kekal kukuh dalam keuntungannya.

Baca juga: Netflix tawar RM20 juta pada 456 peserta ‘Squid Game’ realiti, tiada hukuman mati

Baca juga: GSC didenda RM45,000 kenakan caj harga tinggi