Malaysia Dateline

Solidariti untuk mahkamah-“Nak propaganda berpada-padalah”

Dulu…nak khabor la.

Kes Rasuah Dato Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor. Kena dua tuduhan rasuah, satu terima RM250k daripada Bank, satu lagi tuduhan seleweng RM8 juta ketika dia jadi Pengerusi Bank Rakyat.

Masa jatuh hukum beliau dipecat dari Umno. Kena penjara total 8 tahun. Masa polis nak tangkap dia, punyalah Pemuda Umno buat barricade bagai kat rumah dia. Pertahankan Ketua mereka. Lepas kawan tu masuk penjara, berbunyi pun tiada.

Yang jatuh hukum kepada Dato Harun Idris, ialah kawan dia sendiri. Sultan Azlan Shah. Dia sendiri tulis dalam teks penghakiman. Dia berat hati sebagai kawan, nak jatuhkan hukuman. But justice needs to be served. Law is law.

Walaupun kawan sendiri, takde pulak dia nak recuse, tarik diri jadi Hakim. Atau mana-mana orang paksa dia buat begitu. Kita ni suami hakim tangkap video pun nak dijadikan modal. Kononnya nasib tak terbela.

Jangan la sampai macam tu. Nak propaganda pada-padalah. Ok lah nak buat ke atas ahli politik. Sesama korang. Ini Mahkamah pun korang nak tibai. Padahal kes masih berjalan.

Ingat Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang. Itu prinsip Rukun Negara yang semua kena percaya dan hadam.

Dato Harun ni masuk penjara 4 tahun saja.

Sebab dia dapat pengampunan Di Raja. Tapi dia senyap-senyap sudah. Tak masuk politik balik. Takde la pula nak jadi Menteri Besar semula.

Iya, Melayu mudah lupa. Melayu Umno pun begitu. Selagi ada kuasa mereka akan sembah dan puja. Bila dah tiada, dibakul sampah jua.

Solidariti untuk Mahkamah. Moga keadilan tertegak jua.

Baca juga: Berhadapan keadaan sukar, Najib akui Allah penolong hambanya mencari kekuatan

Baca juga: “Dia ingat orang nak bid sampai RM1,000 kot” – Netizen kecam peniaga bundle koyak baju sebab bid murah sangat