Malaysia Dateline

Sombong betul madu awak, aksi si gebu ini buat warganet terhibur

“Sombong betul madu awak, pandang pun tak nak.” Itu antara reaksi warganet yang terhibur melihatkan aksi seekor kucing gebu bersama tuannya di dalam kereta.

Pengguna Facebook, Akmal Akhimullah Othman sebelum itu berkongsikan foto tersebut dengan kapsyen, “Kantoi dengan isteri gi dating berdua 😂”.

Susulan itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komentar dengan nada seloroh, antaranya, Liyana Irshad menulis, “Dahlah perampas. Sombong pula tu. Dapat awak siap saya gigit-gigit.”

Sementara itu, Illya Abdullah berkata, “Habislah bibik. Pewampas (perampas) dah sifirkan (sihirkan) asben (suami) bibik. Duduk pun dah dekat depan tu.”

Ada juga yang menganggap isteri pemandu kereta itu dihinggap rasa cemburu melihat aksi mereka berdua-duaan.

“Gemuk gebu perampas tu. Mesti jeles bibik,” seloroh Ayu Asarah Razali pula manakala ujar Ainul Mardhiah, “Ayokkk, balik kejap lagi kena tarik telinga dengan ibu🤣🤣.”

Tidak kurang juga yang secara berjenaka berpendapat perakam foto itu bukan isteri pemandu itu sebaliknya wanita yang masih belum berkahwin.

“Ini bukan kantoi dengan isteri. Ini cemburu orang sebelah ada partner, awak tu single,” usik Muhammad Syahmi.

Baca juga Sampai ternganga ikan tu semua kena kelentong, aksi pemuda ini buat warganet terhibur

Baca juga Duda maut jatuh tingkat 4 selepas suami kekasih pulang mengejut