Malaysia Dateline

Suami cipta kelainan, hadiahkan isteri ‘anak keldai’ semasa majlis perkahwinan

Dalam hidup ini, sebenarnya macam-macam perkara menarik ada di sekeliling manusia, sehingga sampai satu tahap kita boleh menganggap ia juga sesuatu yang unik.

Kadang-kadang, ada juga manusia yang suka berfikiran secara ‘luar kotak’, sekali gus menampakkan ideanya lain daripada orang lain.

Macam seorang YouTuber di Pakistan ini, dia menjadikan anak keldai sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya.

Azlan Shah dari Karachi menghadiahkan haiwan itu kepada isterinya, Dr Warisha yang merupakan pempengaruh di media sosial.

Azlan berkata, dia mengetahui isterinya amat menyayangi anak keldai dan atas sebab itulah dia menghadiahkan haiwan comel itu sempena majlis perkahwinan mereka.

Video acara itu disiarkan di laman Instagram Azlan dan menerangkan pemberian hadiah unit itu kepada pengikutnya yang sudah ditonton sebanyak 2.81 juta kali.

Dalam video itu, Azlan menyatakan ‘Persoalannya ialah mengapa keldai dijadikan hadiah? Jadi jawapannya ialah anda (pengantin) menyukainya dan kedua anda paling rajin dan penyayang’.

Video berkenaan kini tular di media sosial dan netizen turut memberi maklum balas yang positif kepada pasangan mempelai itu.

Baca Juga: Agong tolak gaji lebih awal daripada saya, kata PM Anwar

Baca Juga: Rumah banglo tak laku di Bukit Gasing, akhirnya terjual pada harga RM4.4 juta