Malaysia Dateline

Suami sibuk memancing di hari minggu, isteri tanya derhaka ke pergi rumah mak sebab tengah tunggu hari nak bersalin

Adalah menjadi tanggungjawab suami untuk sentiasa bersama dengan isteri apatah lagi jika hanya menunggu hari untuk bersalin.

Namun buat wanita ini, dia terpaksa menanggung kesakitan seorang diri disebabkan kesibukan suami yang bekerja dari Isnin hingga Jumaat kemudian masa hari minggu dihabiskan pula dengan memancing.

Menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga Fans, seorang wanita bertanyakan soalan sama ada dia dikira derhaka kerana mahu ke rumah maknya baagii menyenangkan proses bersalin. 

“Saya sekarang mengandung 37 minggu dan dua kali dimasukkan ke hospital akibat kencing kotor dan perut mengeras serta mengalami bukaan 2 sentimeter (cm).

“Suami pula kerja Isnin sampai Jumaat, Sabtu dan Ahad pula wajib pergi memancing jadi memang tak ada kat rumah.

“Sakit saya pula kejap datang kejap tidak, risau pula terberanak, nanti nak tinggal mana tiga anak kecil ini,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Sudahlah menahan sakit, digelar pula isteri derhaka hanya kerana meminta izin untuk tinggal dengan mak buat sementara waktu. 

“Dia suruh duduk je rumah dan jangan keluar, persoalan sekrang saya boleh ke keluar dan duduk rumah mak saya.

“Suami selalu cakap saya isteri derhaka sebab tak dengar cakap, nanti susah nak bersalin,” tambahnya lagi.

Wanita itu meluahkan rasa risau dengan situasi anak-anak seandainya dia terpaksa menghubungi ambulan untuk ke hospital. 

Suami sibuk memancing di hari minggu, isteri tanya derhaka ke pergi rumah mak sebab tengah tunggu hari nak bersalin
#image_title

Warganet menggalakkan wanita tersebut untuk pergi ke rumah maknya kerana tidak derhaka jika berada dalam situasi darurat.

“Tak derhaka jika darurat, sebab suami lepas tangan, hari cuti pun nak memancing.

“Semoga suami puan dapat pancing buaya, sekali ngap terus insaf. Isteri lebih penting daripada memancing,” komen pengguna Facebook, Adam.

Pada masa seorang lagi pengguna, Pak Ngah Aerol turut bersetuju dan menyatakan nyawa lebih penting dalam situasi ini.

“Nyawa itu lebih penting, isu masalah peribadi antara anda tidak seharusnya wujud dalam permasalahan yang melibatkan nyawa.

“Bincang dengan mak kamu, kami sebagai lelaki merasa terhina akibat segelintir sikap suami macam ini,” katanya.

Baca juga: Guru besar cuai tinggal wang Bantuan Awal Persekolahan bernilai RM100,000 dalam kereta, polis giat cari penyamun