Malaysia Dateline

Suap anak-anak kek, netizen sebak lihat anak semua menangis

Bila anak semakin tua maka sudah pastinya yang melahirkan juga meningkat usianya, pastinya banyak memori kembali menggamit jiwa apabila kumpul bersama.

Tatkala kecil disuap nasi, pastinya rindu air tangan ibu apabila sudah meningkat dewasa.

Satu video telah dimuat naik di akaun Twitter @isusemasaviral, menunjukkan seorang ibu yang sudah berusia menyuap kek kepada 10 orang anaknya.

Malah mereka tidak berselindung, lelaki atau perempuan tidak malu mengeluarkan air mata buat ibunda mereka.

Video tersebut mendapat perhatian netizen yang sebak melihat anak mengelap air mata selepas disuap kek.

Namun mengundang gelak tawa apabila sampai kepada orang keempat yang dilihat seperti sudah bersedia untuk beraksi demi kamera.

“Aku suka sangat yang mereka tak malu untuk cium dan peluk ibu mereka,” komen pengguna @blushpinkpeonyy.

“Bila dah besar ni susah kau nak tengok adik beradik kau menangis, tapi kalau nak tengok juga bolehlah buat aktiviti macam ini.

“Mesti yang keras sebelum ini pun berjurai air mata,” komen @jekferuno.

Mahu menahan sebak seorang pengguna Twitter @foo_ad98 sengaja beri tumpuan kepada anak yang memakai kopiah.

“Saja je bagi tumpuan dekat yang pakai kopiah tu sebab konon kelakar. Padahal aku nak alih perhatian supaya tak nangis je,” katanya.

Baca juga: Duit Usain Bolt lesap hampir RM55 juta dari akaun bank