Seorang TikTokers, Radin Fikri mengingatkan bahaya terlalu banyak menonton video aktiviti paranormal yang banyak terdapat di media sosial.
Bercakap berdasarkan pengalamannya, dia berkata dirinya kena ‘kacau’ sehingga terpaksa mendapatkan rawatan Islam.
“Kerap tengok video spirit box, ouija board dan seru jin.
“Cakar halus panjang pada setiap anggota badan selalu terjadi waktu Asar dan Maghrib,” tertera kapsyen pada video ringkas yang dikongsinya.
Menurutnya, kekerapan mendengar dan menonton kandungan berkaitan upacara pemujaan jin dan sebagainya akan meninggikan risiko untuk “benda” itu berdamping.
“Benda tu boleh saja transfer melalui medium elektronik,” tambahnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru supaya orang ramai mengurangkan tontonan terhadap kandungan video yang menyeru jin.
Baca juga Wanita ini dikecam demi ‘content’ TikTok selepas cetuskan ‘misteri’ kelibat rambut panjang
Baca juga “Apa tu bayang putih rambut panjang”- Lelaki nak tunjuk pacat dekat kaki, netizen nampak lain pula