Malaysia Dateline

Syarikat induk Facebook, Meta bakal hentikan ribuan pekerja minggu ini, menurut laporan

MetaMeta Platforms Inc yang merupakan syarikat induk Facebook dilaporkan dalam permulaan untuk mengurangkan tenaga kerjanya, dengan rancangan untuk menamatkan perkhidmatan ribuan pekerja minggu ini.

Lapor Jurnal Wall Street semalam yang memetik sumber terdekat dengan perkara itu, pemberhentian itu bakal memberi kesan kepada “beribu-ribu” pekerja Meta dan pengumuman itu dijangka dibuat seawal Rabu ini.

Bagaimanapun, Meta enggan mengulas lanjut berhubung laporan berkenaan.

Setakat 30 September, Meta mempunyai kira-kira 87,000 pekerja di seluruh dunia merentasi platformnya yang berbeza, termasuk laman media sosial Facebook dan Instagram serta platform pemesejan Whatsapp.

Pada Oktober, Meta meramalkan suku tahun yang lemah dan kos lebih ketara pada tahun depan, kira-kira AS$67 bilion (RM318 bilion) daripada nilai pasaran sahamnya.

Dalam pengumumannya mengenai keputusan suku ketiga Meta yang mengecewakan, Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg berkata kakitangan firma itu tidak akan meningkat menjelang akhir 2023, dan mungkin berkurangan sedikit.

Jun lalu, syarikat media sosial itu bertindak mengurangkan pengambilan jurutera sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus dengan Zuckerberg memberi amaran kepada pekerjanya supaya bersiap sedia menghadapi kemelesetan ekonomi.

Pelan terbaharu daripada Meta ini mengikuti pengumuman beberapa firma teknologi lain untuk membekukan pengambilan pekerja atau mengurangkan tenaga kerja mereka ketika industri menghadapi masalah ekonomi.

Untuk info, Twitter yang baru diperoleh oleh Elon Musk, secara tiba-tiba juga memecat kira-kira separuh daripada 7,500 pekerjanya minggu lalu.

Baca juga: Mak ayah tergamam depan kaunter lepas dapat tahu anak curi duit Tabung Haji, bila semak tinggal RM25 je

Baca juga: Buat review jujur pun salah, infuencer dakwa bakal disaman pengasas produk