Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad memaklumkan tabung kecemasan Nad Zainal kini dihentikan selepas meraih jumlah terkumpul sebanyak RM43,987.50 sejak ia dilancarkan pada 29 November lalu.
Kutipan derma kilat dilancarkan itu bagi membantu Nad yang kini masih dirawat akibat paru-paru berdarah.
Melalui hantaran Instagram Story, Sherry memberitahu sumbangan sudah disalurkan ke akaun bapa Nad, Zainal Abidin, 63.
“Salam semua, mewakili ibu bapa Nad, kami ucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan daripada rakan industri yang telah menghulurkan sumbangan ketika sahabat sedang memerlukan.
“Sumbangan diterima daripada rakan artis, sahabat, guru dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), produser televisyen (TV), rakan media, industri fesyen, tata rias dan peminat Nad.
“Jumlah sumbangan sebanyak RM43,987.50 dan telah pun disalurkan kepada ayah Nad untuk urusan pembayaran bil hospital,” katanya.

Pada masa sama kata Sherry, buat masa ini mereka akan menghentikan dahulu sumbangan di akaun Thespian Legacy dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak berhenti menitipkan doa serta bantuan kepada Nad.
Dia juga mengharapkan agar usaha dilakukan semua pihak dapat membantu sahabat mereka kembali sihat.
Baca juga: Bekas MP Baling lepas bebas kes rasuah, pengubahan wang haram projek jalan raya
Baca juga: Murid Tahun Lima dikasari ketika hadiri kem motivasi, empat laporan telah diterima polis