Malaysia Dateline

“Tahniah bro! Kasut player woo! Mantap!” – Netizen

“Rezeki untuk yang berusaha,” demikian komen warganet selepas melihat video tular seorang lelaki yang ‘berusaha’ mengambil kasut bintang bola sepak, Safawi Rashid yang terjatuh ke dalam longkang tempoh hari.

Selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Sabtu lalu yang menyaksikan Harimau Malaya menewaskan Thailand 1-0, kapten skuad negara itu dilihat pergi ke arah penonton di Stadium Bukit Jalil untuk menghadiahkan kasut yang dipakainya.

Malangnya, kedua-dua kasut Safawi jatuh ke dalam longkang selepas penonton gagal menyambutnya.

Video itu dirakam lalu dimuat naik seorang pengguna Instagram yang datang ke stadium ketika itu.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian abdaiman di TikTok, seorang lelaki dilihat telah turun ke dalam longkang itu untuk mengambil sepasang kasut yang dipakai Safawi dalam kejohanan tersebut.

Atas kegigihan ditunjukkan lelaki itu, ada warga maya yang mengucapkan tahniah.

“Tahniah bro! Kasut player wooo! Mantapp!

“Rezeki dia, dia yang turun memang sepatutnya dia yang dapat sepasang kasut itu,” kata seorang netizen.

Malah, seorang warganet yang menggunakan nama Deniallz juga sempat mengusik tentang saiz kasut itu.

“Nampak macam bukan saiz tu bang… apa kata open bid hehehe,” tulisnya di TikTok.

Skuad kebangsaan akan menentang Thailand dalam aksi timbal balik separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Thammasat, esok.

Baca Juga: Ibu bapa berang PBT Klang kenakan kompaun tak masuk akal sehingga RM1,000