Tahun ini Malam Lailatul Qadar mungkin jatuh pada 29 Ramadan/30 April 2022

Oleh NASUHA RAHMAN

Tahun ini Malam Lailatul Qadar mungkin jatuh pada 29 Ramadan/30 April 2022. Umat Islam ketika ini sudah memasuki fasa terakhir Ramadan di mana berbaki 10 hari lagi sebelum meraikan kemenangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadan.

Namun Allah SWT telah menjanjikan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar yang berada di 10 malam terakhir Ramadan.

Sebagaimana yang disebut dalam surah al-Qadr ialah “Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan” (Surah al-Qadr: 3).

Dan ketika inilah umat Islam membuat pecutan terakhir untuk mengejar pahala dan ganjaran yang sangat istimewa.

Tetapi bilakah tarikh berlakunya malam Lailatul Qadar?

Secara umumnya, waktu sebenar malam Lailatul Qadar tidak diketahui secara tepat.

Namun terdapat hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya.

Hikmah waktu sebenar malam ini dirahsiakan agar umat Islam sentiasa beristiqamah melalukan ibadah di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadan.

Tahun ini Malam Lailatul Qadar mungkin jatuh pada 29 Ramadan/30 April 2022
‘Malam Al Qadar itu lebih baik dari seribu bulan’

Bilakah Tarikh Malam Lailatul Qadar Bagi Tahun 2022/1443H?

Malam al-Qadr tidak diketahui secara tepat akan waktunya. Ia merupakan salah satu rahsia Allah dan hikmah agar hambanya sentiasa tekun beribadah pada bulan Ramadan.

Namun terdapat Hadis Nabi yang menyebut;

“Carilah malam lailatulqadar pada malam ganjil iaitu pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis yang disebutkan di atas, Rasulullah mengisyaratkan agar umatnya mencari malam Lailaqul Qadar pada malam yang ganjil bagi 10 malam terakhir bulan Ramadhan.

Malam-malam ganjil yang disebutkan ialah malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29.

Oleh yang demikian, jika kita telusuri kepada kiraan tarikh tahun 2022 bilakah malam ganjil tersebut?

Umum diketahui, dalam kiraan tarikh Hijri, tarikh permulaan sesuatu hari adalah apabila masuknya waktu Maghrib bagi sesuatu hari. Oleh itu kiraan 10 malam terakhir dan malam-malam ganjil adalah sebagaimana berikut;

Mengikut Imam al-Ghazali, penentuan malam Lailatul Qadar adalah berdasarkan kepada hari pertama puasa Ramadhan bagi tahun tersebut.

Isnin pada malam 21

Sabtu pada malam 23

Khamis pada malam 25

Selasa / Jumaat pada malam 27

Ahad / Rabu pada malam 29

Jika mengikut pandangan dan formula Imam al-Ghazali, tarikh malam Lailatul Qadar untuk tahun 2022/1443 Hijrah adalah pada malam 29 Ramadhan iaitu pada hari Sabtu malam (30 April 2022) waktu Malaysia. Ini kerana, tahun ini kita berpuasa pada 3 April yang jatuh pada hari Ahad. Wallahualam

Bagaimanapun apa amalan yang boleh cilakukan pada malam tersebut

Beberapa amalan yang boleh ditingkatkan pada 10 malam terakhir Ramadan.

Solat Fardhu Berjemaah
Solat Tarawih sendirian atau berjemaah
Qiamullail
Membaca al-Qur’an
Berselawat
Bersedekah
Berzikir dan memperbanyakkan doa

Baca juga: Netizen terkejut harga kubah surau RM500,000, boleh bina satu surau lain