Malaysia Dateline

Tak apa, semalam padang licin dik – Netizen terhibur tengok adik ini nangis siap campak baju lepas Malaysia kalah

Banyak reaksi yang ditimbulkan penyokong Malaysia susulan kegagalan Harimau Malaya untuk menamatkan kemarau 44 tahun mendakap kejuaraan Piala Raja Thailand, apabila tumpas 0-3 kepada Tajikistan semalam.

Tidak dinafikan, permukaan padang kurang baik dan hujan lebat ketika perlawanan menjejaskan persembahan kedua-dua pasukan yang dilihat agak sukar untuk melakukan gerakan lebih teratur untuk mendapatkan gol.

Ramai yang meluahkan rasa kecewa dan tidak terlepas juga kekecewaan ditunjukkan seorang budak lelaki yang menangis menyaksikan detik-detik kekalahan Malaysia kepada Tajikistan semalam.

Dalam rakaman yang tular di TikTok, gelagat budak lelaki yang dikenali sebagai Khaled Mikael itu mencuri tumpuan selepas dilihat tidak dapat tahan nangis dan mencampakkan jersi yang dipakainya ke lantai.

Dia juga memerhati detik kekalahan itu dengan juraian air mata yang membuatkan ramai terhibur dan tidak lepas-lepas memujuknya.

“Kael ni berjiwa bola betul. Tiap kali pasukan yang dia sokong tu kalah, mesti berjurai air mata. Semoga menjadi pemain bola nanti,” tulis kapsyen video berkenaan.

Ramai yang memberi kata-kata semangat kepada adik ini dan mengatakan faktor padang yang tidak cantik menyebabkan Malaysia gagal menjaringkan sebarang gol.

Malah ada juga yang mendoakan agar adik ini nanti boleh menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya.

“Steady dik padang semalm licin sebab hujan game pun tak berapa cantik semalam,” komen pengguna TikTok.

Passion!!! Bukan senang nak sayang team bola sampai menangis. Yang dah rasa je tahu,” komen pula yang lain.

“Sabar eh Kael, adat lah menang kalah tu. Nak buat cemana. Semoga Kael jadi top player Malaysia satu hari nanti,” tambah yang lain.

Baca juga: ‘Saya terdengar satu bisikan…’, Nazrey buka mulut kenapa keluar Raihan ketika di puncak populariti

Baca juga: Ramai nak jadi dan layak jadi PM- 3 YB ini patut dipertimbangkan tapi ramai yang nak cantas