Malaysia Dateline

Tak lalu tengok ada berdarah tu… – Gambar Heliza, suami buat orang ramai belajar tentang daging stik

Ramai juga dilihat ‘geli’ tak lalu tengok apa lagi menjamah hidangan daging stik yang dianggap masih berdarah.

Reaksi itu muncul susulan tersebarnya gambar pelakon dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, 36, bersama suaminya, ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dengan aksi teruja menghadap hidangan daging stik.

Hakikatnya, darah yang sering dilihat pada daging stik yang dimasak setengah matang, sebenarnya bukanlah darah seperti yang disangka.

Itu tepatnya adalah myoglobin, protein yang memberikan oksigen pada otot-otot haiwan. Protein itulah yang akan berubah menjadi merah ketika daging dipotong, atau terkena udara.

Seorang warganet memberitahu hidangan stik masak rare itu halal dimakan walaupun nampak kemerah-merahan.

“Yang merah tu bukan darah tapi mioglobin. Daging lembu tak macam daging ayam yang masih ada darah jika tak masak betul-betul. Daging ayam tak sesuai masak rare begini,” kata Azman Aziz.

Menurutnya, masak rare atau medium sebenarnya lebih sedap kerana tekstur daging yang lebih lembut berbanding masak well done yang adakalanya daging jadi liat.

Azman turut berkongsikan pendapat bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan daging stik yang masih kelihatan merah.

Dr Zulkifli yang memetik pendapat Imam al-Nawawi dan Imam al-Subki berpandangan bahawa daging stik yang masih kelihatan merah sama ada dimasak rare, medium rare, medium dan medium well, begitu juga daging ayam yang ada sedikit kesan darah di uratnya atau tulang, adalah halal dan suci.

Baca juga Kesian tengok bangla terkial-kial buat pesanan McD dekat mesin, lelaki bengang tak ada ‘staff’ datang tolong

Baca juga Bukan sahaja tambah aroma dalam masakan, rupanya ada 21 khasiat daun pandan yang dirahsiakan