Orang ramai memuji kebun milik Siti Fatimah Mohd Salleh yang subur menghijau sehingga ada menyifatkan tidak perlu lagi beli sayur.
Kreativiti beliau dilihat banyak membantu pekebun bandar yang lain untuk terus berkebun walaupun tidak mempunyai ruang tanah yang luas.
“Bestnya. Nak masak terus petik-petik saja. Segar pula tu.
“Suka sangat tengok sayuran hidroponik yang segar tu. Kena juga bertanam lepas ni.
“Sejuk mata memandang. Semoga kita semua manfaatkan tanah keliling rumah tu,” demikian antara deretan komentar warga maya.
Ditanya mengenai jenis baja yang digunakan, Siti Fatimah memberitahu beliau tiada bahan atau cara khusus untuk memastikan kesuburan tanamannya sentiasa terpelihara.
“Ada yang pakai air semata-mata, pakai cocopeat, pakai tanah. Baja pun campur-campur, baja ab, baja hasil dapur…” kata Siti.
Baca juga Selepas 99 budak maut, ubat sirap perosak buah pinggang ini dilarang jual
Baca juga Tahniah Abang Viva dan isteri, netizen kata lepas ni bolehlah naik bot berdua