Malaysia Dateline

Tak payah campur urusan Pas, kata Mokhtar

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Mokhtar Senik berpendapat Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Ridzwan Abu Bakar ‘sakit hati’ dengan ketuanya.

Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pondok Semalaysia itu menegaskan pemimpin AMANAH yang dipanggilnya ‘PAN’ itu tidak perlu mencampuri hal Pas.

“Semalam saya terlihat video Ridzwan Abu Bakar. Ulama kabir dalam PAN. Beliau perlekehkan Ketua DUPP (Dewan Ulamak Pas Pusat) YB Senator Datuk Ustaz Ahmad Yahaya (UAY).

“Sakit hati benar dia nampakknya kepada UAY. Kamu tak payah campurlah urusan Pas,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Yahaya yang merupakan pemimpin Pas Kedah diumum sebagai Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat yang baharu akhir tahun lalu.

Mokhtar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bertanyakan sama ada Ridzwan merindui Pas sambil mendakwa AMANAH sedang berpecah.

“Rindu ke? Maaf di sini tiada ‘mic’. Jaga parti sendirilah. PAN tengah nak pecah tu. Ingat kami tak tau ke masalah dalaman PAN sekarang? Saja malas nak ulas sebab buang masa kami saja.

“Kalau masih sakit hati kat Pas, kerana Pas tak beri ruang kepada parasit bertapak, maka cuba-cubalah tunaikan umrah. Kut-kut kena air zamzam nanti hati jadi tenang,” sindirnya lagi.

LANJUT MENYUSUL