Tak payah tambah garam dan minyak pada ikan yang dipanggang. Itu antara cara penyediaan menu buka puasa yang sihat oleh Dr Imelda Balchin.
Pakar obstetrik Hospital Pakar KPJ itu menyifatkan tidak susah pun untuk memilih makanan dan minuman sihat terutama sepanjang Ramadan ini.
Ikuti perkongsian Dr Imelda yang memasak masakan sihat serta dalam masa sama cepat dimasak dan jauh lebih sedap daripada yang dibeli:
Selalunya saya hanya ada masa nak memasak masakan sihat yang cepat dimasak saja. Walaupun saya bekerja tidak tentu masa, saya cuba memasak sendiri juga untuk keluarga.
Masakan yang saya masak sendiri itu selalunya lebih sihat dari makanan yang dibeli dari luar.
Untuk buka puasa, saya masak ikan kembung grill. Panaskan oven grill sambil saya cuci ikan. Lepas cuci ikan, oven pun dah cukup panas, saya terus lontar saja ikan ke dalam oven.
Tak payah goreng ikan atau tambah minyak pun, sebab ikan kembung sudah ada kandungan minyak ikan omega3 yang tinggi.
Tak payah tambah garam sebab ikan kembung ada kandungan garam beriodin semulajadi yang tinggi, bagus untuk IQ kanak-kanak membesar.
Garam beriodin semulajadi ini bagus untuk meningkatkan metabolisme badan sebab zat iodin digunakan oleh kelenjar tiroid kita untuk membuat hormon tiroid yang penting untuk metabolisme badan.
Untuk karbohidrat, saya buat masakan alternatif kepada mi goreng mamak yang lebih sihat dari mi goreng mamak dan lebih sedap dari mi goreng mamak. Saya tumis bawang putih, bawang merah, halia, jintan putih, kunyit, serbuk kari, cashew nuts, cendawan, oregano.
Kemudian tambah air sehingga mendidih dan masak spaghetti di dalam kuah yang mendidih. Rasa macam mi goreng kari tetapi tak goreng apa-apa pun, hanya jadi curry spaghetti with mushrooms and cashew nuts, drizzled with olive oil on the table.
Eat with a generous helping of fresh salad without any salad dressing. Di rumah saya, kami sekeluarga memang tidak suka makan mayo dressing untuk apa-apa pun.
Kami suka plain fresh salad. Jangan tambah apa-apa salad dressing yang dicampur garam atau gula, jangan tambah tomato sos atau cili sos manis atas salad, sebab ini hanya membinasakan usaha kita untuk makan sihat-sihat.
Kalau nak buat dressing, Pak Mart (suami) akan buat campuran olive oil, black pepper & lemon juice. Inilah salad dressing yang sihat.
Minum air kosong dan buah-buahan. Setiap hari saya tukar menu buah-buahan supaya dapat zat, vitamin dan serat yang berbeza setiap hari.
Saya tidak buat atau beli air manis. Saya tidak buat atau beli kuih-muih. Sebenarnya, tidak susah pun pilih makanan dan minuman sihat. Tidak susah pun amalkan gaya hidup sihat.
Keluarga saya tetap bahagia. Jika keluarga kita sihat, kita lebih bahagia lagi berbanding jika keluarga kita sakit. ‘Kan?