Mungkin tidak lagi tertahan bergelut dengan krisis ekonomi terburuk di negara sendiri, ramai atlet Sri Lanka ‘ghaib’ di Sukan Komanwel, Birmingham.
Memetik laporan AFP, 10 ahli kontinjen negara muflis itu telah lesap dipercayai cuba untuk terus tinggal di Britain.
Seorang pegawai kontinjen negara itu yang enggan dikenali memberitahu sembilan atlet dan seorang pegawai menghilangkan diri semasa berlangsungnya acara masing-masing.
Sri Lanka bergelut dengan krisis ekonomi terburuk sejak merdeka bersama rekod inflasinya secara rasmi mencecah tahap 60.8 peratus bulan lalu.
Walau bagaimanapun, pakar ekonomi sektor swasta berpendapat kadar inflasi Sri Lanka adalah lebih 100 peratus dan kedua paling teruk selepas Zimbabwe.
Presiden Sri Lanka sebelum ini, Gotabaya Rajapaksa pun meninggalkan negara dengan komposisi 22 juta penduduk itu dan melarikan diri ke Singapura.
Baca juga Adakah satu hari nanti rakyat akan serbu Sri Perdana macam Sri Lanka?
Baca juga Aina Abdul hampir-hampir nyanyi sambil duduk, nasib penari selamatkan masa jatuh