Malaysia Dateline

‘Takkan nak sama dengan isteri jiran sebelah, warganet ‘berbalah’ perlu atau tidak baju raya sedondon

Baju raya sedondon dilihat sudah menjadi trend terutama kalangan keluarga muda setiap kali Aidilfitri.

Tambahan pula, Hari Raya tahun ini dijangka lebih meriah lantaran tiada sekatan pergerakan seperti dua tahun lalu.

Bagi yang menganggap baju raya sedondon merupakan satu keperluan, pelbagai pandangan dilontarkan termasuk berbaur lucu.

Antaranya, pengguna Facebook Muhamad Saiful Saleh yang secara berjenaka mengingatkan bahawa takdir tuhan yang menentukan sekiranya baju raya anak dara jiran sama sedondon dengan mereka sekeluarga.

“Perlulah (baju raya sedondon). Kalau warna lain takut tersama dengan anak dara jiran nanti dah bini fikir apa pulak,” tambahnya lagi.

Bagi Nor Cik pula, berbusana sedondon satu keluarga satu keperluan pada 1 Syawal sebagai tanda mereka serasi dengan pasangan masing-masing selain tiada wanita lain ‘sondol’ si suami.

“Takkan nak sama dengan isteri jiran sebelah pulak? Ada kena ketuk ketampi nanti!” selorohnya.

Berpakaian sedondon pada Hari Raya pertama juga perlu bagi mengelakkan kekeliruan apabila saudara mara berkumpul.

“Kalau pergi beraya rumah adik-beradik, depa dah tau mana satu suami kita 🤣 Tak perlu tanya ‘kan. Mudah kerja makcik bawang, gitu,” kata Iefa Azimat.

LANJUT MENYUSUL

Baca Pilihan raya mungkin selepas Hari Raya

Baca Resipi pemanis mulut yang senang untuk dilakukan di rumah, tak perlu beli lagi