Tanaman pun perlu dimanja, baru dia mahu berbudi pada tuannya – Ini antara petua supaya pokok cepat berbuah

Oleh ARIF ATAN

Jika tanaman buah yang anda tanam liat mendatangkan hasil, renungkan sejauhmanakah ia telah dimanja?

Rupa-rupanya, tanaman pun perlu dibelai dan dibuat kawan bercakap, baru dia mahu berbudi pada tuannya.

Pelbagai petua berupa ‘komunikasi’ dengan tanaman agar ia memberi hasil seperti diharapkan dikongsi dalam laman Facebook Pertanian Satu Perniagaan.

Pengguna Facebook Abdul Latib Bin Hasmuni antaranya menyenaraikan kaedah-kaedah tertentu untuk tanaman tertentu agar cepat berbuah.

“Pokok kalau tak mahu berbuah biasanya di takik atau dilukai supaya merangsang dan tindakbalas untuk berbuah.

“Biasanya pokok limau bali digantung sesuatu, pokok mempelam ditoreh lurus ke bawah, pokok kelapa ditetak dan dilubangkan di bahagian akar,” kongsinya.

Sementara itu, Paul Anderson Rimet pula berpendapat tanaman pun ada telinga.

“Tahun ni peluang akhir kau (tanaman). Kalau tak berbuah, tahun depan jadi kayu api”. Tahun ni berbuah pokok petai bapak belakang rumah,” tulisnya.

Hal sama diakui Mohd Redzwan Mohd Rudin yang berkata, “Selalu pesan kat pokok supaya tumbuh subur dan cepat besar, belai dan bercakap”.

Baca juga Membisu 1,000 bahasa selepas diminta audit, jangan hulur sedekah pada NGO yang 90% masuk poket sendiri

Baca juga Jual dan buat air ketum di rumah, lelaki tempatan ditahan