Malaysia Dateline

Tanda Anwar bakal angkat sumpah?

Hantaran di Facebook isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim senja tadi dilihat menarik perhatian orang ramai sehingga ada yang menganggapnya sebagai ‘tanda’.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat PKR menyebut ringkas mengenai sifat sabar bersama gambar pemandangan.

“Menjelang Maghrib… sabar itu separuh daripada iman,” katanya yang memenangi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti 9,817 undi.

Suasana menjelang Maghrib yang dikongsikan Wan Azizah.

Susulan itu, rata-rata warga maya menjangkakan Anwar bakal diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat.

Orang ramai berharap Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Tambun dapat segera mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara nanti.

“Tahniah DSAI. Tanda-tanda status Kak Wan, DSAI angkat sumpah esok. InsyaAllah,” kata antara warganet.

Baca juga Akibat lombong mata wang kripto, tak sampai setahun RM16 juta milik SESB hangus

Baca juga Demi faktor kesihatan, Hael Husaini tangguh konsert pertama