Tanda pagar #Proi5 berlegar di Twitter di tengah-tengah kenaikan harga barang, warganet dakwa ‘cytro’ upahan Ismail?

Oleh KIM SYAZIE

Sekumpulan cybertrooper dilihat sedang aktif di Twitter bagi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di tengah-tengah kemelut kenaikan harga barang ketika ini.

Semakan Malaysia Dateline mendapati ada beberapa akaun cybertrooper yang baru diwujudkan dan membuat ciapan memuji Ismail Sabri dengan disertakan tanda pagar #Proi5.

Tanda pagar berkenaan semakin banyak berlegar di Twitter menyebabkan warganet mendakwa bahawa ianya adalah cytro upahan Ismail.

Kebanyakan akaun baru sahaja dibuat pada Jun dan rata-rata memuat naik ciapan memuji perdana menteri seperti: ‘Smart move PM’, ‘Bantuan Keluarga Malaysia helps Malaysia a lot, Thank you PM’, ‘Well done PM’ dan ‘The best PM ever’.

“Mana-mana yang guna #Proi5 ini sebenarnya cytro upahan untuk back-up Ismail Sabri. Kalau korang perasan, kebanyakan yang buat hashtag tu adalah akaun yang dibuat pada Jun 2022,” ciap pengguna yang menggunakan akaun @ketua_darjat.

Cytro Mail tengah gigih puji PM dan kerajaan guna #Proi5 .

“Kalau perlukan hiburan atau dalam mode nak block akaun cytro, dipersilakanlah klik hashtag tersebut dan block akaun-akaun yang baru create tu,” ciap pengguna lain pula.

Ketika ini keadaan agak tegang selepas perdana menteri mengumumkan untuk tidak lagi meneruskan subsidi minyak masak berbotol dan tidak mengenakan harga siling ayam mentah dan juga telur ayam.

Orang ramai meluahkan kemarahan ekoran harga barangan dijangka akan melonjak dan kos sara hidup akan semakin tidak tertanggung.

Baca juga: “Kenapa tak guna RM155 juta bina stesen bas Kota Bharu umpama kandang lembu itu?”

Baca juga: Hilangkan diri 6 bulan ingat sebab stress rupanya ada perempuan simpanan, wanita tangkap suami di lapangan terbang