Malaysia Dateline

Taufan Nesat kini lebih 1,300 km ke barat laut Kudat

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa Taufan Nesat kini berada kira-kira 1,328 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan taufan tersebut berada di kedudukan 380 km ke timur Hainan, China.

Menerusi kenyataan hari ini, taufan itu mengikut pemerhatian pada jam 8 pagi tadi bergerak ke barat barat daya dengan kelajuan 15 km/jam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 139km/jam.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” memetik kenyataan itu lagi.

Semalam, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) untuk Sarawak, Sabah dan WP Labuan sehingga hari ini.

Lapor Reuters, Taufan Nesat telah membawa hujan lebat yang menenggelamkan banyak kampung dan tanah ladang di utara Filipina dengan 1,000 penduduk dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

Taufan Nesat, dengan angin berkelajuan 120km sejam dijangka bertambah kuat apabila ia bergerak ke arah Laut China Selatan.

Baca juga Cantik luar busuk dalam – Kaum Hawa sendiri dedah perangai pengotor tahap gaban rakan serumah

Baca juga Tergamak culik dan samun nenek tua, 4 lelaki berjaya larikan emas dan duit RM16