Ada dua isu dalam hal telur.
- Ketiadaan telur dalam pasaran.
- Isu kartel dalam pengeluaran telur.
Dengan kedatangan telur import dalam pasaran secara liberalisasi perdagangan, bermakna isu kecukupan telur untuk kegunaan akan dapat diatasi dalam waktu terdekat. Pengguna dan peniaga kecil kembali mempunyai stok dalam kedai untuk dibeli.
Harga telur import boleh menjadi nilai ambang ( lock price ) kepada kartel untuk tidak bermudah menaikkan harga di masa akan datang.
Dengan harga telur tempatan dari gred A ke gred C di bawah paras harga telur import, pembeli masih boleh menumpu pembelian pada telur lokal.
Namun jika terputus bekalan tempatan, telur import ada sebagai ganti pembelian. Cuma tidak boleh lama sifir import ini diguna. Ia melukai agenda kedaulatan makanan negara.
Keterjaminan makanan bermakna makanan itu wajib jamin ada. Tiada itu lebih menyusahkan dari ada tetapi mahal. Selesaikan dulu supaya ada.
Sekarang terserah kepada kartel. Anda masih mahu meneruskan tumpu eksport, permainan gred telur, atau bantu kerajaan juga untuk selesakan rakyat dengan bekalan telur pada harga munasabah.
Banyak cara lagi untuk untung. Kalau mahu mengejar omega tinggi sahaja untuk target harga mahal Gred A, silakan. Anda orang berniaga.
Atau jika mahu kendurkan sedikit makanan ayam penelur omega supaya harga lebih murah, silakan.
Atau sebenarnya ialah manipulasi kluster telur?
Entah ya atau tidak beromega atau sebenarnya beraroma? Kerana tiada siapa pernah menyukat jenis telur di rak sama ada B40, M40, atau T20.
Baca juga: Lagi 3 orang belum dijumpai di Batang Kali
Baca juga: Demi berkereta mewah, Muhyiddin sanggup ketepi hal rakyat semasa Covid-19 melanda