Malaysia Dateline

‘Telur pun tak pandai jaga, lagi mahu sembang ekonomi negara berkembang’

Orang ramai diihat menempelak kenyataan mengenai ekonomi Malaysia berkembang luar biasa 14.2 peratus termasuk mengaitkan dengan masalah bekalan telur.

Warganet juga berpendapat ‘berita baik’ itu tidak lebih hanya gula-gula PRU15 selain mengkritik kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak empat kali berturut-turut tahun ini.

“Telur pun tak pandai jaga, lagi mahu sembang ekonomi negara berkembang.

“Dah nak dekat PRU ni memanglah kena canang ‘ekonomi berkembang’. Kalau waktu-waktu PRU macam ni, mana mahunya ekonomi menurun.

“Tapi barang harian makin mahal. Pusing sana sini, rakyat juga yang menjadi mangsa drama,” demikian antara komentar warga maya.

Baca juga Tabah urus anak lumpuh berbelas tahun akibat penyakit saraf otak

Baca juga [VIDEO] Sikap ramah Neelofa dan PU Riz layan pekerja McD, disenangi ramai