Malaysia Dateline

Tenggelam kleptokrasi, kronisme, nepotisme kini ganti kluster mahkamah, rakyat harus bijak memilih

Tenggelam kleptokasi, kronisme, nepotisme kini diganti dengan kluster mahkamah namun rakyat harus bijak memilih pemimoin mereka yang mahu diangkat dalam pilihan raya umum nanti.

Keadaan politik negara kini cacamarba, celaru dan keliru setelah majoriti dalam kalangan orang politik menampilkan wajah sebenar mereka.

Naib Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria berkata, sebelum. pilihan raya umum (PRU) ke-14 hanya kedengaran di cuping telinga pemimpin yang di kategorikan sebagai kleptokrasi, kronisma dan nepotisma.

“Namun begitu selepas PRU tersebut, semakin jelas dan ketara siapa golongan terbabit sehingga mereka kini digelar kluster mahkamah walaupun pada awalnya kumpulan Azmin-Zuraida Geng 11 telah popular dengan gelaran kluster pengkhianat.

Tenggelam kleptokasi, kronisma, nepotisma kini ganti kluster mahkamah, rakyat harus bijak memilih
Rakyat harus bijak memilih demi masa depan anak cucu mereka

“Tidak lupa dan alpa sebelum itu, Bersatu yang menarik diri dari Pakatan Harapan (PH) sehingga tersungkur dan rebah turut digelar ‘Parti Pengkhianat’.

“Namun begitu, kini terdapat juga parti yang mendakwa berbohong pun dah boleh, malaikat tolong mereka mengundi dengan pelbagai doktrin yang akan menyesatkan umat jika terus dibiarkan berleluasa,” ujar beliau ketika dihubungi.

Beliau yang juga merupakan Ketua AMANAH kawasan Permatang Pauh turut optimis bahawa rakyat kini sudah bijak dan mampu untuk membuat pilihan selepas pendedahan demi pendedahan kluster yang telah dibuat tanpa perlu lagi disogok-sogokkan dengan pelbagai dendangan habuan.

Baca juga: Krisis makanan: Kerajaan perlu lantik seorang menteri jadi jurucakap tunggal