Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menjadi tumpuan hari ini apabila berkongsikan satu satira dari pereka grafik kontroversi iaitu Fahmi Reza.
Menerusi Instagram Story Tengku Hassanal, baginda dilihat berkongsikan karya Fahmi dan mengatakan baginda minat dengan grafik tersebut.
Karya Fahmi itu yang menggunakan latar belakang kuning, menunjukkan seorang pemuda bertengkolok melakukan tekan tubi dengan kapsyen “Push-up 4 tasik chini”.
Respon baginda menunjukkan keterbukaannya menerima kritikan dengan meminta orang ramai tidak membuat laporan polis terhadap Fahmi Reza.
“Tak perlu lapor polis.
“Saya sebenarnya suka grafik ini,” tulisnya.
Karya Fahmi itu dipercayai merujuk kepada kempen media sosial “cabaran tekan tubi untuk alam sekitar” tahun lalu, yang baginda sendiri memuat naik gambarnya melakukan senaman itu.
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) tahun lalu berkata Tasik Chini–tasik kedua terbesar di Malaysia–tidak lagi memenuhi kriteria sebagai rizab biosfera
Jun tahun lalu, campur tangan Tengku Hassanal membuatkan kerajaan Pahang memberhentikan kegiatan pelombongan dan pembersihan hutan di Tasik Chini.
Sementara itu Fahmi yang turut menyedari karyanya itu dikongsi Tengku Hassanal berkata, selepas ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu membuang masa melayan laporan-laporan polis dibuat terhadap satiranya oleh pengampu dan penjilat penguasa.
“Anak Raja Pahang steady je kongsi karya grafik satira aku. Pengampu istana dan kaki report polis je yang cepat gelabah,” tulisnya.
Baca juga: Kesian rider 5 minit kena sidai masa hujan lebat, tapi pelanggan tak keluar juga
Baca juga: ‘Potong gaji nanti menteri tak cukup makan’, netizen ‘sokong’ biar rakyat saja perit