Malaysia Dateline

“Tergamaknya kalian…”, makin menjadi-jadi trend ‘founder’ bawa produk depan Kaabah

Sebelum ini seorang agamawan ada membuat teguran kepada pengasas-pengasas kosmetik di luar sana agar tidak menjadikan Kaabah dan Masjidil Haram sebagai alat pemasaran untuk melariskan produk mereka.

Pandangan sama turut diutarakan seorang pengguna Facebook, Tengku Daeng Mawelle yang meminta para usahawan untuk menghentikan kitaran trend ini.

Dia berkata, adalah lebih baik sekiranya pegasas produk atau founder melupakan hal duniawi dan fokus kepada ibadah ketika di tanah suci Mekah.

“Tolonglah hentikan amalan seperti ini! Perkara ini dah semakin menjadi dan jadi trend para founder dan ahli-ahlinya untuk promote produk masing-masing. Mengapa agaknya perkara ini boleh jadi trend?

“Tolong sangat jangan jadikan tanah suci, Masjidil Haram, Kaabah ataupun tempat ibadah sebagai alat untuk marketing. Cuba tengok agama lain ada tak dia orang promote produk mereka kat tempat ibadat mereka? Buat malu je,” katanya.

Lelaki ini juga memberitahu hakikat bahawa ramai lagi umat Islam lain yang bersungguh-sungguh mahu ke Mekah tetapi tiada rezeki.

Justeru itu, sepatutnya usahawan-usahawan produk ini memanfaatkan sebaiknya peluang yang ada dengan tidak mencampuri hal dunia.

Bahkan katanya, persoalan berkaitan jual beli di dalam masjid ini juga disebut dengan jelas di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Sekiranya kamu melihat seseorang yang menjual atau membeli di dalam Masjid, maka katakan padanya, “Allah tidak akan menguntungkan perniagaan kamu” (Riwayat imam al-Tirmizi )

“Jadi tolong hentikan trend seperti ini! Tergamaknya kalian menggunakan kiblat seluruh umat islam sebagai alat untuk promote produk / marketing korang! Kalau ye pun nak kaya jangan sampai jadikan agama untuk menarik perhatian orang demi kepentingan dan keuntungan sendiri.

“Kalau orang gelar penunggang agama mesti tak suka kan? Jadi hentikanlah sebelum ianya menjadi ikutan orang lain dan pada masa akan datang.

“Apapun saya doakan semoga kalian berjaya dunia akhirat . Maaf jika ada tersilap bicara dan terkasar bahasa . Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.

Perkongsian lelaki ini kemudian mendapat perhatian ramai dengan 790 tanda suka dan lebih 800 perkongsian.

Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang disampaikan lelaki ini dan memberitahu bahawa bukan ahli politik dan ulama sahaja yang ‘suka’ menunggang agama, perbuatan yang dilakukan kebanyakan founder juga boleh dikira seperti menunggang agama.

“Jangan ingat ahli politik atau ulamak je ada possibilities tunggang agama, perkara macam ini pon boleh kata tunggang agama juga. Pergunakan imej tanah suci untuk menghalalkan cara serta matlamat untuk kepentingan peribadi,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Bukan setakat tu je, ramai founder cari marketing dengan cara pakai purdahlah apalah untuk yakinkan pengguna benda tu selamat. Tapi akhirnya…..,” komen yang lain pula.

Baca juga: “Kucing ni penat agaknya layan tetamu”, netizen geli hati tengok si comel ni boleh tidur dalam kebasahan

Baca juga: 36 jemaah umrah dibawa pulang, terkandas sejak 5 bulan lalu kerana terpedaya Imam Mahdi akan muncul