Malaysia Dateline

Terkini SPRM buka lebih 100 kekosongan jawatan mencari pegawai siasatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka permohonan untuk mengisi 115 kekosongan jawatan sebagai Penolong Pegawai Siasatan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui satu hantaran di Facebook memaklumkan kekosongan perjawatan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada semalam menegaskan pendirian Pakatan Harapan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpin terlibat dengan rasuah.

Beliau juga menegaskan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan gejala rasuah dan penyelewengan di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.

Keutamaan beliau selepas ini adalah aspek tata kelola pentadbiran kerajaan.

Sementara itu, bagi rakyat Malaysia yang berminat, maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan boleh disemak di pautan berikut:
http://10.28.20.129/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/penolong-pegawai-siasatan-p29

Tarikh tutup permohonan: 30 November 2022 (Rabu), jam 11.59 malam. Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9: https://spa9.spa.gov.my/login

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.

Baca juga: 10 lelaki dicekup jadi ‘ejen bookie’ buat taruhan Piala Dunia Qatar, wang taruhan lebih RM1 juta

Baca juga: Ferrari milik rakan ‘total lost’, pemandu profesional disaman RM125