Malaysia Dateline

Terlalu mabuk nak bawa motor, lelaki nekad tidur bertongkat atas motor

Macam satu cerita ini, seorang lelaki yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk, dilihat tertidur di atas motosikal di tepi sebatang jalan yang sibuk.

Menurut portal berita Okezone, kejadian berlaku Jumaat lalu di Kota Tangerang, Jakarta, telah menyebabkan polis tiba untuk memeriksa keadaannya.

“Kami mendapat laporan penduduk setempat bahawa ada orang sedang tidur di atas motosikal di laluan jambatan.

“Kami bertindak dengan pantas dan melihat keadaan lelaki itu serta mengejutkannya daripada tidur untuk keselamatannya,” kata Ketua Polis Metro Tangerang, Komisioner Zain Dwi Nugroho.

Selepas dia dikejutkan, polis mendapati lelaki itu tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah.

“Dia disahkan tidak melakukan sebarang aktiviti jenayah namun, tindakannya (tidur) itu membahayakan keselamatan dirinya dan pengguna jalan raya yang lain.

“Keadaan jalan raya tersebut amat sibuk dengan kenderaan yang banyak pada waktu pagi dan berisiko mengakibatkan kemalangan,” ujar Zain.

Tambah Zain, penunggang motosikal tersebut sebenarnya berada dalam keadaan mabuk ketika dia tertidur.

Dia membuat keputusan untuk berhenti tidur di tepi jalan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Kita bangunkan dia dan dia mengakui mabuk semasa tertidur. Selepas dikejutkan, dia mengaku badannya sudah berasa segar dan normal seperti biasa,” kata Zain.

Lelaki tersebut kemudian meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah selepas meminta maaf atas perbuatannya.

Baca juga: Pak Nil gembira Zamani kembali boleh menyanyi kurang sebulan selepas pembedahan

Baca juga: Gara-gara rumah ‘diserang’ puluhan tikus, seorang wanita kini jadi gelandangan