Malaysia Dateline

Terlebih ‘ubat kuat’, suami isteri muda maut selepas bernikah tak sampai sebulan

Sisa ‘ubat kuat’ yang diminum suami isteri muda ditemukan di sebuah bilik hotel di kawasan Karangpandan, Karanganyar, Jawa Tengah kelmarin.

Mayat pasangan yang baru bernikah tak sampai sebulan itu dijumpai kakitangan hotel terbabit ketika membuat pemeriksaan selepas menyedari mereka terlewat mendaftar keluar.

Ketua Subseksyen Unit Pendidikan dan Hubungan Masyarakat Polis Karanganyar, Bripka Aditya Prima Sakti berkata pasangan masing-masing berusia 30 dan 27 tahun maut kerana disyaki terlalu banyak mengambil ‘ubat kuat’.

Pengambilan bahan itu, jelasnya, mengakibatkan denyut jantung laju dan pembuluh darah pecah sebelum mereka meninggal dunia.

“Punca kematian ini diperkukuhkan lagi dengan barang bukti iaitu sisa ubat kuat yang diminum mereka yang ditemukan di bilik hotel itu.

“Sebuah botol suplemen atau ‘ubat kuat’ ditemukan kosong serta satu strip ubat kelihatan terbuka dan sudah digunakan,” lapor Agensi dipetik BH Online.

Pasangan yang berasal dari Mojosongo, Kota Solo itu membuat tempahan untuk menginap di hotel tersebut pada 4.30 petang, 1 Oktober lalu.

“Mengikut maklumat kakitangan hotel, pasangan itu sempat memohon untuk memanjangkan tempoh masa penginapan mereka hingga 4 petang, Ahad (2 Oktober).

“Namun, pada keesokannya, kedua-dua mereka tiada khabar sehingga kakitangan hotel membuat pemeriksaan dan menemukan kedua-duanya sudah meninggal dunia,” katanya lagi.

Baca juga PRU15 awal Februari dah cukup cantik – Boleh banding parti mana lebih banyak bantu mangsa banjir

Baca juga Suami ambil pinjaman sebab isteri nak bersalin di hospital swasta, isteri senyap-senyap fail tuntutan cerai