Malaysia Dateline

Terowong SMART dibuka kembali

Terowong Lebuhraya SMART dibuka kembali sepenuhnya untuk laluan trafik.

Perkembangan itu dimaklumkan menerusi Twitter Smart Tunnel pada jam 5.58 petang tadi.

Terdahulu, jam 5 petang dimaklumkan terowong itu ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi operasi banjir susulan hujan lebat.

Untuk rekod, Terowong Lebuhraya SMART yang diiktiraf sebagai 10 terowong terbaik di dunia itu membantu untuk mengelak tujuh kawasan di ibu negara daripada banjir.

Kawasan-kawasan tersebut ialah Masjid Jamek, Pejabat Pos Besar, Lebuh Ampang, Lebuh Pasar, Pasar Seni, Dataran Merdeka dan Jalan Melaka.

Akhir tahun lalu, Terowong SMART merekodkan sejarah apabila berjaya selama 22 jam melencongkan lima juta meter padu air dari Sungai Klang dan Sungai Ampang ke Kolam Takungan Taman Desa.

Lencongan kali kesembilan ekoran intensiti hujan yang sangat tinggi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor itu paling lama dilakukan berbanding lapan kali lencongan dibuat sejak 2007 hanya mencatatkan tempoh kira-kira tiga jam bagi setiap operasi.

Baca juga 5 jenis simpanan duit anak-anak, ibu bapa kena tahu