Malaysia Dateline

Terserempak anak muda bermotor spontan tawar diri nak ikut berkempen dengan calon PH Alor Gajah

Terserempak dengan sekumpulan anak muda bermotor secara ‘spontan’ menawarkan diri mereka untuk ikut berkempen dengan calon Pakatan Harapan Alor Gajah Adly Zahari.

Mereka dikatakan terserempak di sebuah kedai kopi ketika menikmati sarapan pagi, lalu disapa oleh sekumpulan anak muda bermotor itu.

“YB, Kita orang nak join YB kempen boleh ke?” tanya salah seorang anak muda yang terserempak dengan Adly Zahari di Sungai Petai, Alor Gajah semalam.

Adly gembira dengan tawaran mereka lalu mengajak mereka bersama-sama menziarah pengundi.

Lagipun Adly mengaku beliau sudah lama tidak menunggang motosikal ramai-ramai.

“Boleh je. Lepas minum ni ikut saya ziarah pengundi. Saya pun dah lama tak ride..” balas YB, terbaik anak muda Alor Gajah.

Setakat ini ceramah dan kempen pilihan raya oleh Pakatan Harapan mendapat sambutan yang menggalakan rata-rata ceramah yang dibuat dikatakan dihadiri ramai orang.

Baca juga: Siapa sebenarnya Calon PH Shah Alam? Tak sangka rupa-rupanya dia pernah…