Malaysia Dateline

Tewas dalam perlawanan-120 nyawa terkorban 180 cedera akibat rusuhan bola sepak di Indonesia

Rusuhan penyokong ketika perlawanan Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang mengakibatkan 120 nyawa terkorban manakala 180 dilaprokan cedera.

Penyokong kedua-dua kelab berkenaan bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur.

Ketua pejabat kesihatan Malang, Wiyanto Wijoyo berkata, setakat ini dilaporkan angka korban mencecah 120 orang dan pihak berkuasa mengesahkan 180 lagi mangsa yang cedera.

Pergaduhan bermula selepas ribuan peminat Arema masuk ke dalam padang susulan kekalahan pasukan mereka.

Pemain-pemain Persebaya segera meninggalkan padang, tetapi pemain Arema yang masih berada di atas padang turut diserang.

Menurut laporan, kematian turut berpunca daripada tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan situasi menjadi kelam-kabut.

Liga Indonesia digantung selama seminggu susulan insiden berkenaan.

Baca juga: Dua beradik maut – TNB nafi talian terputus daripada tiang