Tidak mahu terlepas ‘wefie’ dengan UAI anggota bomba pakat keluar barisan

Oleh NASUHA RAHMAN

Tidak mahu terlepas merakam gambar sebagai kenangan bersama penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) anggota bomba pakat keluar barisan ketika sedang berbaris pada Hari Kemerdekaan di Terengganu semalam.

Kehadiran UAI bersama anak-anak ketika menyaksikan perbarisan Hari Kemerdekaan telah mencuri perhatian anggota bomba yang sedang berbaris.

Ketika melakukan perbarisan di tengah-tengah lautan manusia tetiba salah seorang anggota bomba yang sedang berbaris terus keluar barisan mahu mengambil gambar dengan penceramah itu.

Susulan tindakan salah seorang anggota bomba itu, anggota lain yang melihat gelagat itu turut cepat-cepat duduk bersama UAI dan mengambil gambar beramai-ramai.

Namun selesai sahaja pasukan bomba itu cepat-cepat masuk barisan semula untuk meneruskan perarakan perbarisan dalam sambutan Hari Kemerdekaan semalam.

Tidak mahu terlepas 'wefie' dengan UAI anggota bomba pakat keluar barisan ketika sedang berbaris

Peristiwa lucu ini tersebar menerusi satu video yang diambil orang ramai ketika sambutan Hari Kemerdekaan 2022 di Terengganu

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip tersebut juga turut terhibur dan menyifatkan anggota-anggota Bomba itu begitu menghormati golongan agama seperti Azhar Idrus.

“Aku paling lucu apabila mendengar apa yang Ustaz Azhar cakap dalam video tu, dia cakap ini pasukan tangkap ular ni.

“Ustaz juga ada sedikit bergurau dengan anggota-anggota terlibat dan menyuruh mereka berbaris semula. Hormat betul mereka pada ustaz,” jelas Helmi Bezza.

“Kalau dah memang orang sayang, dekat mana pun orang akan hormat. Betul-betul respek dengan mereka ni.

“Ustaz juga turut luangkan masa dengan keluarga dan duduk beramai-ramai dengan hadirin lain di tepi jalan,” kata Hazliza Mansyah, dipetik Kosmo.

Baca juga: Polis tumpas sindiket jual daging kucing untuk dimakan manusia

Baca juga: Hilang sudah hampir 2,000 tahun, perkampungan ‘hantu’ Rom muncul semula lepas kemarau