Malaysia Dateline

Tidak perlu dilayan seperti raja Firaun, orang ramai kempen hon panjang kepada konvoi VIP, menteri tak guna

Mungkin tempias kenaikan menggila kos sara hidup dan segala barangan keperluan sekarang, orang ramai mengajak pengguna jalan raya untuk mengajar orang kenamaan (VIP) termasuk menteri tak guna yang menyekat kelancaran trafik.

Kempen protes membunyikan hon panjang tercetus susulan tular di media sosial kumpulan pengguna motosikal dikehendaki berhenti oleh pihak berkuasa bagi mengutamakan laluan kepada konvoi VIP.

“Menarik idea ni. Lepas ni semua pengguna jalan raya tak kira motosikal, kereta, van , lori boleh mulakan hon bila kena tahan nak bagi VIP lalu,” kata Hazrin.

Syor yang sama juga disokong Ahmad Ibrahim yang menulis, “Menarik jugak idea ni. Boleh dipraktikkan. Lepas ni kalau kita nampak konvoi VVIP kita hon panjang-panjang tanda kita dah muak” manakala Nasir Nayan menulis, “boleh kempen satu negara melalui media sosial.”

Rata-rata warganet dalam reaksi mereka menyelar gejala tidak sihat dan menyusahkan marhaen itu memandangkan rakyat juga adalah pengguna jalan raya yang membayar cukai jalan.

Ada yang menegaskan VIP di negara ini tidak perlu dilayan mengalahkan raja Firaun apabila masyarakat di bawah membuat persiapan untuk meraikan kedatangan golongan T20 itu macam nak sambut Tuhan.

“Tak faham, kenapa perlu dilayan seperti raja Firaun. Dengar je orang VVIP, CEO, datuk, tan sri takut sangat.

“Semua benda nak sempurna. Orang bawah buat persiapan macam nak sambut Tuhan,” bidas Ejai Meor.

Maki hamun rakyat juga dilihat semakin ketara dipengaruhi kegagalan kerajaan dan golongan pembuat polisi mentadbir negara dengan cekap dan amanah.

“Kalau orang yang diberi kepercayaan untuk mentadbir KERAjaan ni benar-benar buat kerja untuk rakyat, rakyat tak lah kisah sangat setakat nak beri laluan tiga, empat kali sehari pun.

“Ni tidak. KERAjaan sibuk nak menekan rakyat, mengugut rakyat, bab ekonomi, niaga dengan rakyat… Memang rakyat pandang diorang serupa babi la,” kutuk pengguna Facebook Angah Fyruz.

Terdapat juga yang menyarankan agar kelas elit terbabit keluar lebih awal agar tidak menyusahkan rakyat marhaen yang semakin tertekan dengan 1,001 masalah hidup.

“Menyusahkan orang. Dah tau kena sampai awal, keluarlah awal. Bukan 5 minit lagi ada meeting ke apa ke baru nak keluar.

“Lepas tu tahan semua kenderaan awam untuk kepentingan diri. Lainlah hal kecemasan bolehlah terima,” selar Elyana Amira.

Bahkan, salah seorang pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian VIP dihon beramai-ramai itu memberitahu memang lama kenderaan di situ ditahan sebelum konvoi yang menyakitkan hati orang ramai itu lalu.

“Kebetulan saya lalu jalan tu dari arah bertentangan. Memang lama mereka tahan kereta-kereta di situ. Jalan tu memang sentiasa sesak.

“Tambah pulak kau pergi block laluan tu. Siapa tak marah! Orang semua nak rushing. Hidup di KL ni semua orng kejar masa.

“Kalau kau nak laluan kau tu clear ikut highway sana. Melampau! 😡 Menyampah betul dengan sikap double standard ni!” luah Anis Syazana pula.

Dalam reaksi geram netizen itu, ada juga yang berpendapat “dibimbangi” VIP dalam kereta mewah bercermin gelap itu rasa dirinya disokong atau disayangi masyarakat.

Baca juga ‘Banyak kutip tol tapi lebuh raya masih tidak mampu sediakan lampu’

Baca juga JIJIK! Macam pertama kali lihat dada besar, lelaki kerumun pelayan wanita macam kerumun durian D24