Tidak sampai setahun, Gardenia naik harga roti lagi September ini

Oleh NASUHA RAHMAN

Tidak sampai setahun naik harga, Gardenia dijangka akan menaikkan lagi harga roti keluarannya bermula pada September ini kerana kesan inflasi terhadap bahan mentah.

Kenaikan harga ini merupakan kali kedua bagi tempoh kurang setahun di mana kali terakhir harga dinaikkan, pada 1 Dis 2021.

Peningkatan harga terbaharu itu kesan daripada kenaikkan berterusan bahan mentah seperti tepung dan lemak sayuran, kata Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Koh Chin Huat, dalam suratnya kepada peruncit yang menyenaraikan 53 produk keluaran mereka.

Surat itu disahkan Gardenia di laman sosialnya.

Tidak sampai setahun, Gardenia naik harga roti lagi September ini
#image_title

Katanya, peningkatan kadar pengangkutan sejak beberapa tahun lalu juga menjadi penyebab kenaikan harga.

“Kami ingin meyakinkan anda (pelanggan) bahawa perubahan semula harga produk-produk kami akan menjadi pilihan terakhir setelah berusaha sedaya upaya melalui pelbagai cara bagi mencapai kecekapan dan produktiviti.

“Melihatkan keadaan tersebut, kami tidak mempunyai pilihan lain selain menyemak semula harga hanya pada produk-produk yang terjejas,” kata Gardenia dalam maklum balas ulasan pengguna di Facebooknya yang mahu syarikat itu mengesahkan kenaikan harga produk mereka.

Bermula 1 Sept, Gardenia Original Classic 400g akan dijual pada RM3 (naik 20 sen), Original Classic Jumbo 600g RM4.30 (naik 30 sen) dan Breakthru Wholewheat 400g RM4 (naik 40 sen).

Harga bagi krim gulung – vanila, gula mentega dan karamel masin – dinaikkan kepada 10 sen kepada RM1.10 sen setiap satu.

Siri roti “Toast Em” juga meningkat kepada 50 sen kepada RM5.50.

Dalam semakan harga pada 1 Dis 2021, sebuku Original Classic 400g dinaikkan kepada 30 sen, manakala Original Classic Jumbo 600g dinaikkan kepada 45 sen.

Baca juga: Adakah Air Force berjaya mengatasi Mat Kilau? Ini ‘review’ dari seorang Mejar

Baca juga: Masih tak konsisten, Zii Jia gagal capai sasaran untuk jadi juara dunia