Malaysia Dateline

Tidak sia-sia hobi minat kereta hingga sanggup menyewa Bugatti, kini DJ radio jadi buruan pengeluar kereta mewah

Tidak sia-sia memiliki hobi meminati kereta sehingga sanggup menyewa kereta Buggati seorang juruhebah radio kini menjadi buruan pengeluar kereta mewah.

Wanita ini asalnya berpindah dari satu kerje ke kerja yang lain selama tiga tahun namun semuanya tidak memuaskan hatinya.

Namun kerana minat yang mendalam terhadap kereta membuatkan dia menyewa sebuah Bugatti pada satu hujung minggu dan memuatnaik review di internet.

Ramai yang sukakan video wanita yang dibesarkan di Australia itu dan ini membuatkan dia terus membuat video demi video

Berpindah ke Dubai wanita bernama Alex Hirschi telah menghasilkan 1 video seminggu selama 52 minggu, akhirnya Alex berhenti kerja sebagai DJ radio untuk meneruskan minatnya.

Hari ini, Alex yang lebih dilenali sebagai Supercar Blondie mempunya 60 juta followers di media sosial.

Hari ini juga, dia merupakan reviewer kereta wanita paling popular di dunia dan telah memandu lebih 500 super car.

Satu prinsip yang dipegang hingga sekarang ialah pedulikan cakap orang dan buat sahaja apa yang diminati.

Permulaan perjalannya sebagai reviewer kereta mewah bukan mudah. Terpaksa mengeluarkan wang sendiri, dikritik hanya kerana dia bukan lelaki malah banyak syarikat kereta menolak cadangan kerjasama kerana dia seorang wanita.

Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya hinggalah usahanya menyebabkan syarikat besar seperti Bugatti dan Ferarri menawarkan peluang untuknya.

Hari ini beliau satu-satunya wanita yang dicari oleh pengeluar kereta mewah bagi mempromosikan model baru mereka.

Katanya, “Letakkan diri anda dikeliling mereka yang menyayangi dan menyokong anda. Itu yang paling penting kerana apa yang orang lain katakan tidak penting. Mereka tidak kenal anda.”

Baca juga: RM5.7 juta tiba-tiba dalam akaun-Tindakan pantas bank segera bekukan akaun sekat kad ATM pegawai polis