Malaysia Dateline

Tiga daripada 10 rakyat Malaysia hidap tekanan darah tinggi, cuba petua orang kampung ini

Statistik menunjukkan tiga daripada 10 rakyat Malaysia menghidap tekanan darah tinggi. Ada yang mengambil ubat-ubatan seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetapi ramai juga yang tidak sedar mereka sebenarnya sedang menderita.

Sebelum terdedah kepada komplikasi seperti serangan jantung, strok dan pelbagai penyakit jantung lain, apa kata cuba petua orang kampung ini yang dikongsikan ABI CHAI AL AJAMI.

Namun, beliau dalam masa sama mengingatkan petua berikut tidak sesuai buat mereka yang mempunyai penyakit gastrik:

Ada tanya saya petua air minuman untuk turunkan berat badan. Saya beri satu petua yang banyak khasiat.

Bukan saja turunkan berat badan tetapi juga mampu merawat darah tinggi, perut buncit, keracunan atau alahan jerebu. Bagi wanita lepas berpantang dapat mengecutkan peranakan selain migrain.

Ini petua saja. Ada yang menjadi dan ada yang tidak beri kesan. Ikut ‘rasi’, kata orang kampung. Apa petuanya?

Setiap malam sebelum tidur, bubuh air panas dalam gelas. Masukkan dua hingga tiga keping asam gelugur.

Tutup dan biarkan semalaman. Pagi esok minumlah sebelum sarapan.

Satu petua lagi boleh dicuba. Setiap pagi bubuh air panas dalam gelas. Masukkan dua hingga tiga keping asam gelugur.

Tutup dan biarkan seharian. Minumlah sebelum tidur. Cubalah. Tapi jangan masukkan terlalu banyak asam gelugur. Cukup dua hingga tiga keping saja.

Berikut ini pula resepi petua yang mujarab untuk wanita lepas pantang juga elok untuk lelaki boroi.

Bahan-bahannya:

3 keping asam gelugur
1 batang serai
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 helai daun pandan
1 inci halia yang diketuk
3 sudu madu
1 sudu halba
1 biji lemon yang dihiris nipis.

Caranya:
Rebus kesemua bahan dalam periuk sehingga menggelegak
Tapiskan badan bahannya
Ambil air
Minum satu cawan pagi dan satu cawan malam setiap hari.
Air lebihan boleh disimpan dalam peti sejuk dan panaskan sebelum diminum.

Baca juga Mahu buang ‘saka malas’ keluar bersenam, ini lima tips mula berjoging capai berat badan ideal

Baca juga Padah bedah hidung sendiri guna tutorial Youtube, lelaki dikejarkan ke hospital