Malaysia Dateline

TikToker Khaby Lame rupanya tahfiz Al Quran sejak usia 14 tahun

TikToker Khaby Lame dengan gaya bersahaja dan sederhana miliki 145 juta pengikut merupakan seorang tahfiz al Quran sejak usia 14 tahun.

Khaby Lame mula menjadi popular apabila memaparkan videonya yang dapat menyelesaikan kesusahan sesetengah pengguna menjalankan sesebuah kerja diikuti dengan gayanya yang mudah beserta mimik muka membuatkan orang ramai terhibur.

Rupanya pada usia 14 tahun ibu bapa Khaby Lame telah menghantar beliau berlajar di Senegal di mana beliau mempelajari pengajian al Quran.

“Di usia saya 14 tahún, ibu dan bapa telah menghantar saya belajar di Senegal.

TikToker Khaby Lame rupanya tahfiz al Quran sejak usia 14 tahun
Khaby Lame

“Kami belajar pengajian Al-Quran, saya menghafaz setiap surah. Setiap maksud dalam Al-Quran sangat menyentuh. Saya merupakan seorang Muslim dan mengamalkan ajaran Islam sejak dari kecil,” katanya dipetik FB Al Muslimah.

Khaby mula aktif di TikTok pada berusia 21 tahun, Mac 2020 beliau sudah berjaya mengumpul lebih 67.2 juta pengikut serta meraih hampir 1 juta likes daripada video-video yang dikongsikan.

Baca juga: Khalid bawa 180 anak muda Shah Alam tonton Mat Kilau, menentang kezaliman

Baca juga: Sindiket nikah tanpa tauliah ‘Ustaz Zul’ akhirnya tumpas