Susulan pembubaran Parlimen yang diumumkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri, kenyataan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disifatkan sangat makan dalam.
Perjumpaan untuk menghadap Agong oleh Ismail Sabri disebut perjumpaan tidak berjadual.
“Maknanya perjumpaan ini tiada dalam diari Agong dan dibuat secara tergesa gesa. Waktu perjumpaan PM dengan Agong pada Khamis lepas Agong tidak diberitahu,” kata pengamal undang-undang Dr Zulqarnain Lukman.
Beliau berkata cara Ismail Sabri buat begini nampaknya seperti tidak hormat kepada Agong sebagai Ketua kepada Persekutuan.
“Ada ka patut pergi sembah bajet kat Tuanku hari Khamis, hari Jumaat bentang Bajet 2023, hari Ahad jumpa Agong di luar jadual bagitahu nak bubar Dewan.
“Nampak sangat macam mempermainkan institusi. Kalau dah niat nak bubar elok hari Khamis itu bagitahu nak bubar dan hari Jumaat tak perlu bentang bajet. Dahulu kita dimaklumkan negara akan jimat 1 juta untuk tidak buat persidangan khas,” katanya yang juga Pengerusi Biro Undang-Undang, Parti Amanah Negara (KANUN).
Malah katanya kenyataan Agong bahawa tiada pilihan walaupun tidak setuju sebab kerajaan tebuk atap dan kerajaan pintu belakang yang dibuat sebelum ini tidak stabil.
Maknanya, kata beliau sepanjang Langkah Sheraton sehingga hari ini memang kerajaan tidak stabil dan tidak tepat sebagaimana dakwaan Umno, Pas dan PPBM.
“Jadinya, slogan Umno sahaja yang boleh wujudkan kestabilan itu hanya auta sahaja.
“Sebenarnya Umno ini pakar dalam musnahkan institusi negara.
“Itu pun ada geng agamawan yang terhegeh hegeh nak kepada Umno.
“Cara statement Agong buat ini sangat makan dalam. Senak rusuk kena tumbuk,” kata beliau.
Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata, baginda Al Sultan juga menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa negara.
Justeru, katanya, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam tempoh terdekat, dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan November ini.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio