Malaysia Dateline

TMJ pun okay sahaja, dah arah admin ‘unblock’ Fahmi Reza

Susulan keterbukaan yang ditunjukkan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang sempoi berkongsikan grafik dari Fahmi Reza, aktivis itu pula memuat naik tangkap layar memaparkan akaunnya telah di ‘unblock’ oleh Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ia selepas dia mendedahkan kepada pengikutnya bahawa Tunku Ismail sudah lama menyekat dia di Twitter gara-gara grafik satira yang dibuat tentang baginda.

“Today I learned that TMJ blocked me on Twitter. Aku tak pernah follow dia, tak pernah RT, tak pernah tag dia pun sebelum ni. Tiba-tiba kena block. Pelik,” ciapnya di Twitter.

Dalam ciapan terbarunya, dia berkongsikan satu tangkap layar perbualan antara dia dan Tunku Ismail di mana baginda telah pun menghantar mesej secara peribadi dan memaklumkan telah ‘unblock’ pereka grafik tersebut.

Menerusi perbualan itu, Tunku Ismail juga amat merendah diri meminta maaf atas tindakan admin media sosialnya yang telah menyekat Fahmi dan susulan itu, arahan telah diberikan supaya unblock aktivis berkenaan.

Tunku Ismail juga telah memuat naik tangkap layar sama di laman Twitter miliknya yang mengandungi mesej permohonan maaf kepada Fahmi kerana menyekat dia dan berharap untuk berjumpa secara empat mata dengan Fahmi.

Sorry saya punya admin block you. Saya dah suruh unblock. Dulu nak ajak jumpa tak nak. Saya dah suruh Marina arrange,” tulis baginda dalam perbualan tersebut.

Fahmi pula membalas bahawa dia tidak akan menerima jemputan untuk berjumpa mana-mana individu politik, ketua kerajaan atau mereka dari kelas pemerintah untuk mengelak dirinya daripada dilihat bias atau rapat dengan mana-mana pihak.

“Saya lebih senang kekal sebagai seorang aktivitis yang indipendent. Harap kamu faham kenapa saya tolak jemputan kamu. Kalau kita berjumpa, macai-macai akan label saya ‘barua TMJ’ pula nanti.

“Dan terima kasih sebab dah suruh admin unblock. Kita boleh sembang dekat Twitter je,” balasnya pula.

Tunku Ismail juga kelihatan ‘okay sahaja’ dengan balasan tersebut dan mendoakan Fahmi berjaya dengan misi-misinya.

Baca juga: Tengku Hassanal ‘okay sahaja’ kongsi grafik Fahmi Reza, minta orang ramai jangan buat laporan polis

Baca juga: Khairul Aming kongsi bagaimana kuasa TikTok boleh bantu kedai makan jadi viral, pengikut kurang pun boleh ‘FYP’

Baca juga: “Kalau bertembung lori tangki baru ada akal” – Polis pengiring potong di garisan berkembar cetus kemarahan ramai