Malaysia Dateline

TMJ umum undur diri dari JDT

Pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengambil keputusan untuk berundur daripada menguruskan pasukan bolak sepaknya.

Perkara itu dimaklumkan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu kenyataan ringkas di Facebook rasmi Johor Southern Tigers sebentar tadi.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bola sepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” kata Tunku Ismail.

Sementara itu lapor BH, keputusan yang diambil Tunku Ismail itu mengejutkan penyokong namun berdasarkan maklum balas di media sosial, ia dipercayai berkait rapat dengan pentadbiran negeri Johor.

Malah, ada yang mengatakan Tunku Ismail masih kekal sebagai pemilik namun hanya menyerahkan pengurusan kelab kepada mereka yang sudah berada dalam pasukan itu.

Baca juga: Mesin pertaruhan anak patung dikira judi, dosa besar jika terlibat – Mufti

Baca juga: Guna pengecas sama untuk setiap peranti, dapat jimatkan RM1.1 billion setahun