Sudahlah usul tragedi di Baling ditolak dalam sidang DUN, Menteri Besar Kedah janganlah takut untuk mendedahkan siapa pemimpin yang terlibat di sebalik punca tragedi itu.
Banjir kilat yang meragut enam nyawa tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak, malah demi masa depan generasi yang akan datang serta negara, peringatan dan tindakan undang- undang harus diambil.
Adun Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris berkata, sekiranya tidak diselesaikan atau didedahkan nama mereka yang terlibat ia mampu megundang tragedi yang sama berulang kerana nyawa rakyat menjadi korban dan harus diberi pertimbangan yang sebaik mungkin.
Malah katanya lagi, insiden yang berlaku di Baling baru-baru ini telah mengundang bala bencana yang dahsyat serta meragut nyawa mereka yang tidak berdosa dan kehilangan orang yang tersayang dalam tragedi tersebut tidak boleh dipandang ringan.
“Menteri Besar(MB) tidak harus takut untuk menyebut atau mendedahkan nama-nama mereka yang terlibat dengan kenyataan ‘jangan paksa saya dedah semua nama’ dan kenapa tidak mahu dedahkan nama-nama tersebut. Sejak bila pula MB Kedah segan atau takut untuk menyebut nama-nama tersebut.
‘Adakah mengundang campur tangan pihak berkepentingan setelah hampir dua tahun memerintah negeri Kedah, sebaliknya isu yang mengaitkan nyawa rakyat seperti banjir di Baling idak pula dibenarkan untuk di bincangkan dalam sidang Dun kali ini apabila Speaker Dun menolak usul tergempar dari barisan pembangkang.
“Sudah sewajarnya sebuah Suruhanjaya Siasatan Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat punca tragedi banjir di Baling baru-baru ini kerana ia berpunca dari kerakusan tangan-tangan manusia yang mengundang musibah dan ia tidak harus dibiarkan berterusan berleluasa,” ujar beliau yang juga metupakan Setiausaha AMANAH Negeri Kedah.
Speaker Dewan Undangan (DUN) Kedah, Datuk Juhari Bulat, menolak dua kali usul cuba dibawa pembangkang berkaitan isu bencana banjir dan kepala air yang melanda Yan tahun lalu, dan Baling, baru-baru ini.
Usul itu dikemukakan Datuk Dr Ismail Salleh (PH-Pengkalan Kundur) dan Tan Kok Yew (PH-Derga) pada sesi Sidang DUN Kedah, 18 Julai lalu.
Baca juga: Kenapa taklimat Sulu di hotel, bukan di Parlimen? Rakyat hari-hari disuruh berjimat!
Baca juga: Berbelanja RM98,000 sehari, influencer dikecam paparkan diri naik helikopter polis